Sunday, September 25, 2011

S.M.A.R.T

S.M.A.R.T

Adalah satu singkatan bagi teknik untuk membuat dasar polisi ( quality objective) suatu department atau organisasi. Apa itu SMART.

S - Specific, dimana ia menerangkan suatu quality objective yang hendak ditetapkan mestilah sesuatu 
                     target yang terperinci dan bukan berbentuk general.

M - Measureable, bermaksud boleh suatu quality objective tersebut mestilah boleh disukat dan di
                             analisis keberkesanannya. Sebagai contohnya, bilangan komplain dalam setahun.

A - Achieveable -  suatu quality objective yang hendak ditetapkan mestilah suatu yang boleh dicapai
                               berdasarkan  data-data yang lepas.

R - Reasonable - suatu quality objective yang hendak ditetapkan mestilah suatu yang boleh rasioanl
                           

T - Traceable - Quality objective tersebut mestilah boleh disukat dalam suatu tempoh masa tertentu. contohnya dalam tempoh setahun, berapakah improvement yang telah dilakukan.

Root Cause

Root cause bermaksud punca-punca kepada sesuatu permasalahan. Analisis kepada Root Cause adalah penting untuk memastikan tindakan pencegahan yang akan diambil adalah mampu untuk memastikan perkara tersebut tidak berulang lagi.

Bagaimana untuk mencari root cause? Terdapat berbagai cara  antaranya melalui brainstorming, fish bone diagaram, WHY? Why ? analisis, 4M Method ( Man, Machine, Material, Method).

Terpulang kepada individu terbabit untuk menggunakan kaedah yang bersesuaian. Sebagai contohnya pihak organisasi dari Jepun lebih gemar untuk menggunkan kaedah WHY? WHY ? Analisis.

Semoga anda mampu mendapat jawapan untuk setiap root cause permasalahan anda.

Correction vs Corrective Action vs Preventive Action

Correction, Corrective Action dan Preventive Action adalah 3 perkara yang berbeza.  Ramai yang keliru dengan konsep ini sehinggakan menganggap bahawa corection dan corrective action  adalah perkara yang sama.

Mari kita lihat satu contoh permasalahan. Contohnya terdapat komplain daripada pelanggan yang mengatakan produk yang dibekalkan tidak mengikut specifikasi yang dikehendaki.


Correction adalah tindakan yang dilakukan terhadap barangan tersebut. Samada barangan tersebut boleh diperbaiki, digunakan untuk tujuan lain berbeza. Corrective Action pula bermaksud tindakan yang dilakukan bagi mengatasi atau mencegah dari perkara ini berulang lagi di masa hadapan.

Di sini bermaksud, kita harus mengambil tindakan, langkah- langkah pencegahan supaya ia perkara itu tidak berulang. Langkah-langkah ini diamabil berdasarkan kepada penilaian punca masalah berdasarkan teori 4M ( Man, material, method, machine). Setelah melakukan tindakan pencegahan, seharusnya kita mengambil tahu keberkesanan tindakan tersenut. Ini adalah konsep umum PDCA ( Plan , DO, Check, Action).

Berbeza dengan Preventive Action, ia merupakan tindakan awal sebelum berlaku masalah. Bermaksud,  perkara belum terjadi akan tetapi menurut kepada trend process , ia bakal berlaku jika tiada tindakan pencegahan dilakukan. Sebagai contohnya ialah, Kereta.

Setelah kita membeli kereta, kita perlu melakukan servis minyak hitam  untuk setiap 5,0000 Km. Ini dikatakan Preventive Action, kerana tindakan untuk memastikan enjin  kereta dalam keadaan baik. 

Apabila tayar kereta pancit, correction nye ialah menukar tayar tersebut kepada tayar spare. Corrective Action pula ialah menukar tayar kepada yang baru jika didapati, tayar tersebut sudah haus dan menyebakan kerosakan tayar.